Masjid ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. . Sehubungan dengan itu,bagi merialisasikan masjid sebagai pusat utama untuk kariah mahupun pengunjung dari luar, Mey Ways Resources yang juga berkerjasama dengan Adam Hawa Premium ingin menjalankan “Infaq mesin pewangi air diffuser untuk rumah Allah” . Perkhidmatan pembekalan ini bertujuan untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid. Ini kerana,dengan adanya AIR DIFFUSER yang mengelurkan bauan AROMA TERAPI KHAS untuk menjadi keselesaan para Jemaah yang hadir. Di samping itu, wujudnya keselesaan aroma di dalam masjid,sedikit sebanyak dapat melahirkan para Jemaah yang cintakan masjid. . Lebih menyeronokan lagi, secara tidak sedar anda juga pasti mendapat ganjaran pahala yang tidak terkira di sisi Allah kerana anda salah seorang yang mengimarahkan masjid(Rumah Allah) :D |
1.1 Mewujudkan persekitaran yang nyaman di dalam masjid. |
1.2 Mengimarahkan suasana masjid dengan kehadiran yang lebih ramai. |
1.3 Menjadikan masjid tempat persinggahan utama bila bermusafir. |
1.4 Mengekalkan bauan yang nyaman didalam masjid. |
Ini merupakan objektif sedikit sebanyak yang ingin kita capai, dengan adanya air diffuser yang diinfaqkan anda ini ia dapat mewujudkan persekitaran yang nyaman di dalam ruangan ibadah atau masjid itu sendiri. Secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai kehadiran ke rumah Allah untuk beribadah. Disamping itu, dengan persekitran dan bauan yang nyaman di dalam masjid, ia akan menjadi tujuan dan tempat utama orang bermusafir suka untuk singgah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. . Air diffuser yang diinfaqkan anda ini sedikit sebanyak boleh menjadi salah satu impak yang besar dalam seharian masjid beroperasi walaupon anda hanya menginfaq sebuah set air diffuser ini :D |
BIL | PERKARA | HARGA SEUNIT |
1. | AIR DIFFUSER MACHINE | RM 570 |
2. | AROMA TERAPI SCENT ADAM HAWA PREMIUM | RM 198 |
JUMLAH | RM 768 |
Anggaran belanjawan ini mugkin besar bagi seseorang, Namun objektif dan impak infaq anda yang lebih penting dan lebih besar berbanding dengan belanjawan ini. Anda juga boleh semak pakej infaq dibawah bagi memudahkan anda untuk memilih infaq yang terbaik untuk anda :D |

1.1 IMPAK SOSIAL |
1. Menjadikan para Jemaah cinta dan suka duduk di masjid. 2. Menarik lebih ramai pengunjung untuk singgah dan beristirehat di masjid. 3. Menjadikan Jemaah lebih selesa untuk belajar mahupun menjalankan ibadah. |
2. IMPAK EKONOMI |
2.1.1 kehadiran pengunjung yang bertambah turun merancakan perniagaan di sekitar masjid. 2.1.2 Peluang yang baik dan tinggi bagi pengunjung untuk membuat ibadah infak masjid. |

Bagi permulaan ini,kita akan menginfaqkan set air diffuser ini ke rumah-rumah Allah secara berperingkat di sekitar kawasan kuala mudah,kedah. Dan akan meluaskan kawasan infaq ke rumah-rumah Allah secara berperingkat jika program "INFAQ AIR DIFFUSER UNTUK RUMAH ALLAH" ini mendapat sambutan baik oleh anda semua,In Syaa Allah. semoga mendapat keizinan dan redha dariNya.Aamiinn. |

Mengikut pencarian dari protal masjid malaysia. Di kawasan kuala muda,kedah saja mempunyai jumlah rekod 239 masjid dan surau. Untuk permulaan ini, mesin air diffuser yang diinfaqkan anda ini akan diinfaqkan berperingkat di sekitar kawasan ini. |

Cuba anda bayangkan, berapa ramai yang akan suka beriktikaf didalam masjid kerana selesa dengan pengudaraan aroma dari air diffuser yang diinfaqkan anda ini. Sudah tentu banyak dan besar pahalanya kan? Dimana orang datang ke masjid untuk mengerjakan ibadah dan anda secara tidak langsung mendapat pahala dari ibadah yang dikerjakan mereka kerana anda telah menyumbangkan infaq untuk salah satu keselesaan di dalam masjid. |
KELEBIHAN BERINFAQ |
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya". |